Saturday, December 24, 2011

Xmas dan penghujung disember..di manakah?

Selamat menyambut hari krismas buat yang meraikan..buat yang tak meraikan selamat bercuti..ok gak kan isnin ni cuti so memang seronokla..sebab dah nama cuti!hehe..selamat datang buat tuan tanah..(perli diri sendiri sebab payah saja nak menjenguk skrang ni :p )

Disember dah tinggal berapa hari saja ni..bila dah masuk bulan disember memang hari2 berlalu sekejap saja..baru saja rasa ari isnin tup2 dah jumaat plak..best!best! i like.. tapi dah masuk tahun baru ni buat tomatogirl termenung sejenak..muhasabah diri sket nak recall apa yang dah dibuat sepanjang tahun 2011..rasa macam2 hal berlaku dan pasti ada sedih duka gembira kadang2 menyebalkan hati pun ada..rasa macam beremosi juga taun ni? (eh bukan pasal jiwang2 plak..)
Ini pasal kehidupan dan kerja juga..rasa stress macam bermaharajalela saja dalam taun ni..akhir2 ni sahaja rasa dah ok..sebab satu keputusan nekad yang mewajibkan aku ikut..aku kena sabar.Sebut memang senang tapi nak mendidik hati untuk sabar memang payah..kadang terburai juga sket demi sket..

Thanks buat family dan kawan2 yang tak jemu2 support aku..(rasa ucapan anugerah plak..huhu)
Ya, aku lebih kuat sebab mereka2 ini..walaupun kadang kesedihan aku tak nampak namun dari pandangan mata mereka buat aku lebih tabah untuk teruskan kehidupan sekarang ini..Yang sudah, sudahlah kan..memang pahit sebab tahu semua hal yang kita nak, tak semua kita akan dapat..rasa macam tahun ini aku masih seperti tahun2 lepas..payahnya nak melangkah ke fasa yang lebih matang..Just aku bersyukur sebab aku masih seperti aku..

Sejak akhir2 ni macam2 saja yang terpampang di depan mata dan media massa..rasa macam tak percaya melihat orang2 yang kita kenal berubah secara agak mendadak namun itu pilihan mereka sendiri..mungkin keberanian itu mendorong..uh jauhkanlah hati ini goyah melihat perubahan tersebut..mudahan akal hati ini tetap seperti mana yang ada..

Banyak bicara huh? Biasalah sebab skrang ni jarang dah menulis apa yang berlaku..xda catatan dah..diari pun dalam setahun berapa helai saja yang ditulis..xsampai 7 hari kot..setakat menulis catitan tentang harijadi orang2 yang berada dalam ingatan saja..kehidupan seorang dewasa sangat complicated kan?tak seperti yang dibayangkan masa kecil dulu...

Enjoy the season greeting^tomatogirl..@18:15..


No comments: