Monday, December 14, 2009

di mana tomato?

Salam..hmm..memang lama gak xmenjenguk page ni..kadang cam xda idea so malas nak bukak..sebab sekarang ni dah ada yang lebih memerlukan perhatian..bukan nak sisihkan tapi yang tu lebih senang untukku berkata2..mungkin lebih terbuka agaknya..bukan pa ada yang xperlu kita karangkan dengan pelbagai kata namun cukupla ringkas tapi faham..bukan senang nak memahami hati..

biarlah..biarlah...sebab Tuhan itu maha Adil..maha pengasih dan penyayang...mungkin ada sinar yang disediakan suatu ari nnati..

Wednesday, December 02, 2009

tazkirah...

Untuk renungan semua wanita.. dan lelaki juga...

Rasulullah S.A.W bersabda: Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh kerana jarang taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka dan kerana banyak bersolek untuk mempamerkan kecantikan. Lalu Rasulullah bersabda:

"Aku menangis sewaktu aku diisrakkan ke atas langit, aku melihat para wanita umatku tengah disiksa di dalam neraka. Aku melihat 10 macam siksaan bagi kaum wanita, iaitu:

1) Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, adalah kerana dia tidak mahu tutup (melindungkan) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.

2) Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya, adalah kerana diam suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya, maka Allah s.w.t akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya." Dari Usman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata: 'Aku belum pernah meliha kebaikanmu', maka sesungguhnya Allah s.w.t akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari."

3) Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.

4) Orang perempuan yang diikat kakinya, adalah kerana dia keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas, bagi membersihkan diri seteleh habis haid atau nifas.

5) Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan keaiban orang lain.

6) Orang perempuan yang memotong-motong buah dadanya sendiri dengan gunting-gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di kalangan orang ramai, dan mermaksud supaya orang melihat akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

7) Orang perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kala kengking adalah kerana dia itu boleh solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wuduk dan dia tidak mahu mengerjakan solat serta tidak mahu mandi junub.

8) Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

9) Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.

10) Dan perempuan yang menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulut serta keluar dari duburnya itu adalah perempuan yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, iri hati, dengki dan tidak taat kepada suaminya.

Inilah azab dan kesengsaraan yang dialami oleh wanita yang telah dilihat
oleh Rasulullah s.a.w ketika dibawa ke langit semasa peristiwa Israk dan
Mikraj.

Sunday, November 22, 2009

Salam manis..

Salam manis..cuaca yang sungguh baik arini..kadang cerah kadang mendung..xda lah panas sangat..syukran...semalam g bbq ngan kawan2 seronok sangat..biarpun xsemua pegi tapi tetap meriah..semoga ukhwah ini berkekalan....tak lama lagi detik penentu kehidupan..semoga ada sinar untukku...

Thursday, November 19, 2009

Satu rasa..

Hai..salam 1 malaysia..begitu indahnya sebutan itu tapi mampukah kita mencapainya dalam kata yang sebenar?ntahla..sendiri la pikir sendiri..

KAdang hidup ini memerlukan kesenyapan..kadang memerlukan kebisingan..namun rasanya aku memilih utk hidup di alam senyap..ntahla..mungkin keadaan dan masa yang menyebabkanku begitu..yang nyata, aku tenang hidup sebgini...

jadi biarlah aku terus begini...

Tuesday, November 17, 2009

Beriku kekuatan...

Setelah lama mendiamkan diri..aku rasa aku akan terus melangkah ke hadapan..bukan mudah untuk ku lalui saat yang penuh getir ini..namun tidak aku putus asa..sebab Tuhan itu Maha Adil..setiap kejadian ada hikmahnya tersendiri..yakinla pada janji Tuhan..Benar kata orang, kita nak xperlu nak berjumpa atau bertemu atau berkomunikasi untuk menyatakan sayang..cukuplah kita percaya dan menyaksikan apa yang telah terjadi..misalnya kita dengar lagu..cam aku suka ngan lagu sami yusuf lagi2 lagu asma allah yang cukup memberi keinsafan yang tak terduga...kita tak penah kenal dia..berjumpa dia..tapi kita minat ngan lagunya..begitu juga ngan Tuhan..kita mempercayainya dan melihat kejadian menakjubkan yang terjadi..itu sudah cukup...bahawa kita bukan keseorangan...mudahan ada sinar untukku...amin..

Monday, November 02, 2009

Salam..

Salam..rasanya aku cam malas nak update blog sebab bz sgt..lagipun aku dah jumpa hobi baru..cam best jer..hehe..tapi kalo ada yang follow nnati aku gtau k..

doakan aku..final exam nih..

Wednesday, October 28, 2009

cerita kasih sayang..

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.

Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

p/s:syahdunya...

salam lunch hour...

Salam...minggu ni wat aku xbleh nak cari ilham..kena hold jap..ada plak idea nak tulis baru tapi yang lama xda kesudahan lagi..aritu nak format laptop terus buat back up kat dvd tapi rasanya ada yang tercicir..satu cerita yang agak lain aku buat terdelete skali..menyesal xsudah..tapi nak buat camane..dah berlaku..cuma nak buat semula tu boleh tapi xkan sama dengan feel menulis yang terdahulu..

pagi tadi..sempat bersembang ngan kawan satu kos dulu..best saja dengar cerita dia..tahniah..bakal bertunang ngan bakal doc..terus saja ingat pada kawan lama yang dah lama menyepikan diri sebab sambung belajar..mungkin sibuk sgt dan susah nak kontek sebab blajar di s.a...aku senyum sendri bila dia ckp dia kurang kaseh sayang..sebab si dia tu sibuk sgt..ayat yang mampu ku hulurkan sabar sajalah..aku penah merasakan situasi itu biarpun antara kami hanya sebgai kawan..sebab kawan lagi baik..bleh memberi pendapat secara rasional dan kadang2 berkongsi cerita..tapi itu dulu..hehe..sekarang ni masing2 dah keja lain dah situasinya...

Apapun..semoga bahagia kawan..slamt menempuh alam pertunangan..aku belum terbuka hati lagi stakat ni..haha..

Monday, October 26, 2009

salam..

Huh....tertekan sungguh aku sejak akhir2 ni..banyak benda yang datang secara mendadak dan keadaan sekeliling yang memberi tekanan padaku..kadang aku tak faham dengan keadaan sekeliling..orang akan cari kita bila diperlukan..kadang aku terfikir jugak cmana supaya tak terlalu baik pada orang..tapi memang natural aku dah gtu..memang xdapat nak buat jahat kat orang lain..sebab kadang aku tlg orang cam pepatah mlayu..melepas anjing tersepit..telah lepas pastu sepit kita smula..gtula keadaan sekarang..aku gak yang tanggung sgala..aku xkisah..aku dah blajar untuk tak terlalu memerlukan orang lain..g-balik aku sorang saja..malas nak amik kira hal orang lain dah..sedih gak dibuat cam gtu..tapi Tuhan tu maha adil..tu yang aku pegang setiap kakiku melangkah..what goes around comes around...

Friday, October 23, 2009

salam kembali..

Hmm..cukup lama tak menghadap alam maya ni..honestly, skarang ni bukan masa yang sesuai untukku menulis..terlalu banyak komitmen yang menantiku..kadang sampai tak terdaya nak menghabiskannya...

Sempat aku berfikir sendiri..aku masih tak berubahkah?kerana aku sperti masa lalu..terlalu percaya pada kawan sendri hingga aku ditikam dari belakang..alangkah sedihnya dibuat sedemikian rupa..padahal aku mempercayainya..kini baru aku sedar, hatiku tak pernah berubah..tetap bersangka baik pada orang lain even orang lain selalu mengambil kesempatan pada kebaikanku..sabar jerlah..yang ku tahu begitu susah utk mendapat sahabat sejati..bagiku cukupla 4 orang yang slalu bersamaku sejak ku sekolah dulu..hanya mereka yang memahami dan mengerti akan diriku..yang lain,datang hanya bila ada keperluan..huhu...sedihnya..

Yang pasti..aku senang begini...tenang dan tenteram dalam duniaku sendiri..ditemani,keluarga tersayang,mama tersayang dan kawan2 terbaik yang sentiasa memberi sokongan kepadaku...

Sunday, September 20, 2009

salam lebaran..

selamat hari raya buat yang menyambutnya..semoga mendapat keberkatan di bulan mulia..

Friday, September 18, 2009

rindunya.a.

sangat rindu nak menulis..nanti kita jumpa lagi..

Tuesday, August 11, 2009

Friday, June 26, 2009

~salam kembali..~

hmm..lama sungguh xmenjenguk blog sendiri..naik sawang dah kalo umah..huhu..sibuk skit sebab dah pindah umah..balik keja dah penat2...cerita pun xde idea lagi..insya Allah akan ada sambungannya..

p/s: bagaimana nak menghilangkannya??

Wednesday, June 17, 2009

~Hmm...apa nak wat?~

Hmm..apa nak buat yer??baca novel je keja..kalo x, membaca majalah..tu la rutin aku 3 ari nih..kalo kat kampung ada gak anak sedara ngan main..dah kat tpt org ni..xde benda nak buat..tunggu minggu dpan baru sibuk skit..maklumlah dah start operasi..hehe

Tuesday, June 09, 2009

~no title..~

To be or not to be, that is the question...

Monday, June 08, 2009

tq kawan terbaikku..

Munajat Cinta

malam ini ku sendiri

tak ada yg menemani

seperti mlm-mlm yang sudah-sudah

hati ini selalu sepi

tak ada yg menghiasi

seperti cinta ini

yang selalu pupus



tuhan kirimkanlah aku

kekasih yang baik hati

yang mencintai aku

apa adanya



mawar ini semakin layu

tak ada yg memiliki

seperti aku ini semakin pupus



Tuhan kirimkanlah aku

kekasih yang baik hati

yang mencintai aku

apa adanya

p/s: tq cla..lagu ni diberi untuk hiburan kala hati dirundung resah..huhu..macamana nak ku lalui walaupun setabah mana telah ku lakukan...

Friday, April 10, 2009

~alangkah payahnya...~

alangkah payahnya nak memahami seseorang..hingga saat ini aku xmampu nak memahaminya dengan baik..seorang yang cukup baik padaku tapi mungkin keadaan menyebabkan selalu salah faham..hingga kurang memahami diriku..atau aku yang tidak memahaminya..bukan senang untukku fikirkan..sebab semuanya bergantung pada hati..mungkin mengambil masa untuk memikirkannya atau memahaminya..mungkin seorang yang menjadi tumpuan umum agak sukar untuk difahami..sebab pesonanya agak memukau..hingga aku terasa tempiasnya..huhu..ikutkan hati memang susah..
semalam aku terbaca blog secara random,mngkin ada keajaibannya tersendri bila kebetulan aku membca tulisn pena kawan satu matriks dulu..di labuan dulu..sekarang sambung belajar kat saudi arabia kot sebab locationnya di situ..masih seperti dulu penampilannya..tapi makin bergaya mungkin kesan kerjanya..dah lama xcontact since di universiti dulu..tapi just baca blognya sekadar mengetahui kawan2 lama buat ape..seronoknya diorg still keep in touch..aku gak yang rendah diri bila bercerita ngn diorang..diorg sume keje hebat2..kbykan doktor, dentist, farmasi...

~Congratulations...~

Congratulations kekwan yang dah kawen dan yang bakal bergelar mama dan papa gak..syukurlah..semuanya berjalan dengan baik..mudahan semuanya bahagia sampai akhir hayat.xsangka begitu cepat masa berlalu..semua geng2 dulu dah ada life sendri..aku gak terkontang kanting kat sini..huhu..mudahan kesabaranku menjanjikan keindahan yang tiada taranya..aku sanggup menunggu...biar bagai gila gak aku dibuatnya..sebab bukan senang nak melatih hati dan jiwa nih..sabar jerlah..huhu..
Ari ni cuti so aku bosan sgt2..nak kuar shopping pun xde mood..memerap di umah jerlah..tengok frenster kekwan..tu jer bleh buat sebab peluang nak jumpe semula tu xtaula bila..lagipun ramai kawan2 dah berkuarga so memang susah nak jumpe..jumpe kkwn yang single jer la ..tu pun brape orang je pun lagi..taun ni mungkin dapat fly g sana..xpun taun depan..tapi rasanya kalo dah ada family sendiri nanti ni lagi susah nak jalan2..kene minta kebenaran..hehe..kita pun xtau bila kan..apapun,smoga dipermudahkan..aku stop sini..ngtuk plak..padahal awal lagi..

Wednesday, March 04, 2009

~Dugaan atau kebetulan...~

Elo..dah cukup lama aku menyepikan diri..bukan aku nak tinggalkan laman nii tapi kesibukan yang bukan sedikit..cukup buat masa sangat terhad..tensen pun ada..sekarang aku xda apa nak difikirkan..sebab semuanya masih kabur..kenapa selalu kesudahannya begini..bila aku inginkan sesuatu memang payah nak dapat..kadang usaha pun belum cukup nak dapat keindahannya itu..mungkin aku kena berusaha lebih lagi kot..tapi selama ini aku xpernah berusaha sekerat jalan..semuanya sepenuh tenaga..setajam dan sebernas fikiran disertakan bersama..mungkin nasib belum menyebelahiku..mudahan dipermudahkan perjalanan hidupku..bila difikirkan setiap hari, pelbagai masalah datang kadang membuatkan keteguhan itu goyah gak..kena munasabah diri semula..mudahan aku tak tersasar dari jalan benar..bagi yang mungkin menghadapi masalah sepertiku sekarang..bersabarlah..tabahkan hati..semoga ada cahaya yang mampu membantu kita dalam kemelut ini..senyumlah biarpun dalam hati menangis xberhenti..semoga berjaya dalam masalah masing2..

Thursday, February 12, 2009

~Life so Tough..~

Hmm..dah lama xmenjenguk di laman blog sendiri..sekarang dah tukar suasana dan persekitaran yang baru..simple words..tough life..sampai kene adjust smula the way to life..banjir dah berlalu..syukurlah..tanh runtuh pun dah ok.cuaca dah kembali ok..syukran yg tak terhingga..mudahan berkekalan..
take timr dah nak bercerita sekarang ni..smoga segala urusan dipermudahkan..

Wednesday, January 21, 2009

elo

helo..dah lama sgt xjumpa..sibuk sgt2..pastu dah tukar profession gak penyebabnya..dulu lain sekarang lain..nanti kiter citer lagi k..